Sarawak Research and Development Council

Return to Directory

Sarawak Research and Development Council

Posted Date: September 26, 2022

NOTIS IKLAN JAWATAN KOSONG
Sarawak Research and Development Council (SRDC) ingin mempelawa individu yang berkelayakan dan berminat untuk
mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut:
PEGAWAI TADBIR (PENGURUSAN PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI), GRED N41
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Gaji : Gaji permulaan mulai RMRM2,080.00 (Min) – RM9,546.00 (Maks), elaun dan lain-lain
kemudahan
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Syarat kelayakan
a. ijazah sarjana muda dalam sains dan teknologi atau bidang-bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred
N41: RM2,080.00); atau
b. ijazah sarjana muda kepujian dalam sains dan teknologi atau bidang-bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada
Gred N41: RM2,283.43).
c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
PEMANDU KENDERAAN/ DISPATCH, GRED H11
Kumpulan : Pelaksana
Gaji : Gaji permulaan mulai RM1,218.00 (Min) – RM2,939.00 (Maks), elaun dan lain-lain
kemudahan
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1 kekosongan
Syarat kelayakan
a. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan
b. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu
dalam tempoh percubaan (P)
c. Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/
PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Jika berminat, sila kemukakan;
Surat Permohonan, resume lengkap yang mengemukakan gaji terkini dan gaji dijangka, Salinan sijil dan dokumen berkaitan
dan gambar ukuran pasport terkini dan hantar melalui emel ke recruitment.sarawakrdc@gmail.com atau hantar ke alamat
yang dinyatakan di bawah;
Pengurus Besar
Sarawak Research and Development Council
Lot 229, Section 63, KTLD,
Jalan Datuk Abang Abdul Rahim,
93450 Kuching, Sarawak.
(U.P: Bahagian Sumber Manusia)
Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada sudut kiri sampul permohonan anda (jika dihantar ke alamat seperti dinyatakan).
Permohonan daripada Pegawai Kerajaan haruslah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing. Semua permohonan
adalah dianggap sulit dan hanya calon yang layak akan dihubungi.
Tarikh Tutup Permohonan pada : 15hb Oktober 2022

Contact
Sarawak Research and Development Council