Listings

PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N29

Posted Date: August 18, 2021

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
Jawatan : PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N29
Bil. Iklan : 01/2021
Bil. Kekosongan : Satu (1) kekosongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan
Jadual Gaji : Gred Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum
N29 RM1,493.00 RM5,672.00
Taraf Jawatan : Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
Syarat-syarat Lantikan :
A.Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
(iii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
B.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia /
Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
C. Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan:-
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik
berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Pegawai Tadbir, Gred N29, tertakluk kepada kekosongan Jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur perlantikan
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
Skim Perkhidmatan : Pegawai – pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan
tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Sepanjang masa Pelan Pemulihan Negara, jadual kaunter perkhidmatan bagi pembelian borang tersebut adalah mulai jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.
iii.Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah
mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Catatan Am:
i. Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-
a. tidak lengkap;
b. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan
c. diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis dan temuduga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-
CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING
Tarikh Tutup: 03 September 2021 (Jumaat)

Institution:
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Contact:
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE, POWER STREET