Listings

PENOLONG JURUTERA, GRED JA29

Posted Date: August 18, 2021

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : PENOLONG JURUTERA, GRED JA29
Bil. Iklan : 02/2021
Bil. Kekosongan : Satu (1) kekosongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kejuruteraan
Jadual Gaji : Gred Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum
JA29 RM1,549.00 RM5,701.00
Taraf Jawatan : Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
Syarat-syarat Lantikan :
A.Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02); atau
B.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia /
Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
C. Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan:-
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan
Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera,
Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan Jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
(a) (i) mempunyai kelayakan di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) Had umur perlantikan
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun
Skim Perkhidmatan : Pegawai – pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Jurutera, Gred JA29, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut
yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Sepanjang masa Pelan Pemulihan Negara, jadual kaunter perkhidmatan bagi pembelian borang tersebut adalah mulai jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.
iii.Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah
mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Catatan Am:
i. Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-
a. tidak lengkap;
b. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan
c. diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis dan temuduga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-
CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING
Tarikh Tutup: 03 September 2021 (Jumaat)

Institution:
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Contact:
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE, POWER STREET