Listings

PEMBANTU PENGUAT KUASA, GRED KP19

Posted Date: August 18, 2021

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : PEMBANTU PENGUAT KUASA, GRED KP19
Bil. Iklan : 03/2021
Bil. Kekosongan : Enam (6) kekosongan (Lelaki sahaja)
Kuching – 1 kekosongan
Sibu – 2 Kekosongan
Sarikei - 1 Kekosongan
Limbang - 2 Kekosongan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Jadual Gaji : Gred Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum
KP19 RM1,360.00 RM4,052.00
Taraf Jawatan : Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
Syarat-syarat Lantikan :
A.Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
(ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut
serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80)
B. mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 25
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada biasa dan 84sm semasa menarik nafas;
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
(vii) Pandai berenang; dan
(viii) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan
C. Calon bagi lantikan dengan kelayakan A (i), A(iii) dan A(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Skim Perkhidmatan : Pegawai – pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Penguat Kuasa, Gred KP19, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan
tersebut yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Sepanjang masa Pelan Pemulihan Negara, jadual kaunter perkhidmatan bagi pembelian borang tersebut adalah mulai jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.
iii.Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah
mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Catatan Am:
i. Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-
a. tidak lengkap;
b. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan
c. diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis dan temuduga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-
CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING
Tarikh Tutup: 03 September 2021 (Jumaat)

Institution:
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Contact:
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE, POWER STREET