Listings

PEMBANTU AWAM, GRED H11

Posted Date: August 18, 2021

Lembaga Sungai-Sungai Sarawak mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

 

Jawatan : PEMBANTU AWAM, GRED H11
Bil. Iklan : 05/2021
Bil. Kekosongan : Satu (1) kekosongan - Bintulu
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kemahiran
Jadual Gaji : Gred Gaji Gaji Minimum Gaji Maksimum
H11 RM1,218..00 RM2,939.00
Taraf Jawatan : Tetap / Jawatan Berasaskan Caruman
Tempoh Percubaan : 1 hingga 3 tahun
Syarat-syarat Lantikan :
A.Calon-calon bagi lantikan hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
dan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah : RM1,218.00);
(ii) berkebolehan menjalankan bidang kerja berkaitan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
(iii) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
B.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga
/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Skim Perkhidmatan : Pegawai – pegawai yang memasuki perkhidmatan Pembantu Awam, Gred H11, adalah tertakluk di bawah skim perkhidmatan tersebut
yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kosong LSS (Borang – Pindaan 1/06) yang boleh didapati di Pejabat
Lembaga Sungai-Sungai Sarawak.
Sepanjang masa Pelan Pemulihan Negara, jadual kaunter perkhidmatan bagi pembelian borang tersebut adalah mulai jam 8.30 pagi – 1.00 tengahari.
ii. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan Akademik serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan.
iii.Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah
mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan bersama salinan-salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
terkini dan Laporan Prestasi yang disahkan.
iv. Di sudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

Catatan Am:
i. Permohonan yang berikut tidak akan dipertimbangkan:-
a. tidak lengkap;
b. tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan; dan
c. diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal, ujian bertulis dan temuduga.
iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak
berjaya.

Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:-
CONTROLLER,
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE,
POWER STREET, 93000 KUCHING
Tarikh Tutup: 03 September 2021 (Jumaat)

Institution:
LEMBAGA SUNGAI-SUNGAI SARAWAK
Contact:
TINGKAT 2, ELECTRA HOUSE, POWER STREET