Listings

KONSTABEL POLIS BANTUAN (LELAKI / WANITA)

Posted Date: November 30, 2020
KONSTABEL POLIS BANTUAN (LELAKI / WANITA)

KEKOSONGAN JAWATAN

SPSB menjemput permohonan daripada warganegara Malaysia yang layak dan bermastautin di Sabah sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:-

KONSTABEL POLIS BANTUAN (LELAKI / WANITA)

Maklumat & Syarat Permohonan:
1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja;
2. Berumur antara 18 hingga 28 tahun pada tarikh permohonan;
3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang- kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan tersebut;
4. Mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti yang berikut:
Ketinggian Minimum (tidak berkasut): 163 sm (Lelaki) dan 157 sm (Wanita)
Ukuran Dada: Sekurang-kurangnya 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas) (Lelaki)
Berat Badan Minimum: 50 kg (Lelaki) dan 48 kg (Wanita)
Indeks Jisim Badan (BMI): Antara julat 19 hingga 26
5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa atau dengan menggunakan alat bantuan (menggunakan cermin mata atau kanta lekap);
6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
7. Diperiksa dan diperakui sihat untk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar;
8. Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental;
9. Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah;
10. Boleh berenang;
11. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris; dan
12. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan juga kemahiran-kemahiran lain seperti mekanikal kenderaan, IT, pertukangan kayu dan kimpalan adalah sebagai kelebihan.

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas diminta menghantar resume, salinan kad pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil akademik dan sekeping gambar berukuran pasport ke alamat:

HEAD
GROUP PEOPLE DEPARTMENT
SABAH PORTS SDN BHD
P.O. BOX 203
POS INDAH PERMAI
88450 KOTA KINABALU
Tel: 088-483246
Tarikh Tutup: 5 Disember 2020

Peringatan:
Hanya calon-calon yang terpilih dan lulus dalam saringan ujian kecergasan dan fizikal akan disenarai pendek untuk di temuduga di Ibu Pejabat, Sabah Ports Sdn Bhd, Teluk Sapangar.

Institution: SABAH PORTS SDN BHD
Contact: Tel: 088-483246